“Kenapa kita perlu menyelesaikan semua hutang dengan cara menambahkan hutang yang lain ?”
Pernahkah anda dengar Penyatuan Hutang (“Debt Consolidation”) sebelum ini ? Ini merupakan cara dengan mengambil pinjaman besar untuk membayar semua hutang kecil secara serentak. Selain itu, penyatuan hutang memudahkan pembayaran hutang kerana anda tidak perlu lagi bimbang dengan bil-bil dengan tempoh pinjaman yang berbeza, faedah yang berbeza dan tarikh bayaran yang berbeza. Selepas menggunakan kaedah Penyatuan Hutang, anda akan mempunyai satu bil sahaja.
LANGKAH 1: SEMAK BAKI HUTANG
Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan menyemak semula hutang anda dari segi jumlah baki tertunggak, jumlah ansuran bulanan dan kadar faedah semasa. Jika anda tidak pasti jumlah baki tertunggak, anda boleh dapatkan maklumat tersebut dari pihak bank yang anda buat pinjaman.
Contoh:
Pinjaman peribadi – RM10,000 : RM300 sebulan @ 12% kadar faedah
Kad kredit – RM15,000 : RM550 sebulan @ 15% kadar faedah
Contoh diatas menunjukkan bahawa anda mempunyai dua jenis pinjaman iaitu pinjaman peribadi dan kad kredit.
LANGKAH 2: JUMLAHKAN SEMUA
Kemudian, jumlahkan semua hutang tersebut untuk dapatkan jumlah baki hutang keseluruhan.
Contoh:
Jumlah hutang – RM25,000 : RM850 sebulan
Jumlah baki hutang dan bayaran ansuran tersebut menunjukkan jumlah hutang baru yang bakal anda ambil untuk melakukan penyatuan hutang.
LANGKAH 3: PILIH PRODUK BARU
Langkah seterusnya adalah dengan memilih produk baru seperti pinjaman peribadi. Pilih produk yang boleh memberi pinjaman yang sama iaitu RM25,000 dengan bayaran ansuran bulanan lebih rendah dari RM850 sebulan.
Pastikan juga anda memilih pinjaman baru yang memberikan kadar faedah yang lebih rendah dari pinjaman sedia ada bagi memastikan anda mendapat keuntungan. Selain itu, bagi individu beragama Islam, anda boleh memilih pinjaman peribadi yang patuh shariah.
Jika kelayakan pinjaman baru anda tidak mampu untuk menyatukan semua hutang sedia ada, anda boleh pilih untuk selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
LANGKAH 4: MOHON DENGAN CONSULTANT PROFESIONAL
Minta
Consultant Profesional untuk membuat perbandingan produk, anda boleh terus bertanya dengan mereka melalui online sahaja. Jika permohonan anda berjaya diluluskan, anda boleh membayar hanya satu pinjaman sahaja dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah.
Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi tentang bayaran ansuran bulanan yang tinggi.
Kesimpulannya, pinjaman peribadi juga mampu menyelesaikan masalah hutang yang berlebihan serta mengurus kewangan anda dengan baik.